Ahad, 15 Ogos 2010

pengujian transistor dan kerosakan transistor

  • Oleh sebab kerosakan yang sering berlaku kepada transistor ialah kerosakan transistor terbuka dan terpintas, maka ujian asas menggunakan meter ohm boleh digunakan untuk menguji kerosakan tersebut.
    • Transistor seolah-olah dua diod yang disambung terbalik.Jikaujian terhadap kedua-dua diod ini positif, transistor itu berkeadaan baik.Rajah 7.8 menunjukkana cara menguji transistor NPN menggunakan meter ohm.
    • Meter ohm juga boleh digunakan untuk menentukan jenis transistor serta elemen sesuatu transistor. Ini penting apabila maklumat berkaitan sesuatu transistor tidak diketahui.
    •  Rajah 7.9 menunjukkan langkah untuk menentukan elemen tapak dan seterusnya jenis (sama ada NPN atau PNP) sesuatu transistor menggunakan meter ohm . Rajah 7.10 pula menunjukkan cara menentukan elemen pemancar dan pemungut dan sesuatu transistor. 



    1. Tanda kaki transistor.
    2. Set meter pelbagai analog ke fungsi pengujian rintangan pada julat R x 10.
    3. Uji transistor mengikut langkah seperti ditunjukkan dalam contoh di bawah ini.
    4. Kenalpasti langkah apabila transistor berada dalam keadaan pincang ke depan[Dalam contoh di atas, transistor berada dalam keadaan pincang ke depan pada langkah 1 dan langkah 6].
    5. Kenalpasti kaki sepunya untuk kedua-dua keadaan dalam langkah 4. Kaki ini ialah elemen tapak untuk transistor tersebut.[Dalam contoh di atas kaki sepunya untuk kedua-dua keadaan ialah kaki 2].
    6. Jenis transistor ditentukan berdasarkan kenyataan berikut :
    Transistor PNP- Jika kaki sepunya disambung ke tamatan positif meter pelbagai analog.
    Transistor NPN-Jika kaki sepunya disambung ke tamatan negatif meter pelbagai analog.

    Rajah 7.9 Langkah menentukan elemen tapak transistor


    1. Setkan meter pelbagai berdigit ke fungsi pengujian diod
    2. Lakukan ujian seperti ditunjukkan dalam contoh di bawah ini (dalam contoh ini elemen tapak telah dikenal pasti iaitu kaki 2 menggunakan kaedah seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.9).
    3. Kenal pasti langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tertinggi.
    4. Dalam contoh di atas langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tertinggi ialah keadaan 2. Oleh itu kaki 1 ialah elemen pemancar manakala kaki 3 ialah elemen pemungut.
       
       Rajah 7.10 Langkah menentukan elemen pemancar dan pemungut transistor

      1 ulasan: