- Oleh sebab kerosakan yang sering berlaku kepada transistor ialah kerosakan transistor terbuka dan terpintas, maka ujian asas menggunakan meter ohm boleh digunakan untuk menguji kerosakan tersebut.
- Transistor seolah-olah dua diod yang disambung terbalik.Jikaujian terhadap kedua-dua diod ini positif, transistor itu berkeadaan baik.Rajah 7.8 menunjukkana cara menguji transistor NPN menggunakan meter ohm.
- Meter ohm juga boleh digunakan untuk menentukan jenis transistor serta elemen sesuatu transistor. Ini penting apabila maklumat berkaitan sesuatu transistor tidak diketahui.
- Rajah 7.9 menunjukkan langkah untuk menentukan elemen tapak dan seterusnya jenis (sama ada NPN atau PNP) sesuatu transistor menggunakan meter ohm . Rajah 7.10 pula menunjukkan cara menentukan elemen pemancar dan pemungut dan sesuatu transistor.
- Tanda kaki transistor.
- Set meter pelbagai analog ke fungsi pengujian rintangan pada julat R x 10.
- Uji transistor mengikut langkah seperti ditunjukkan dalam contoh di bawah ini.
- Kenalpasti langkah apabila transistor berada dalam keadaan pincang ke depan[Dalam contoh di atas, transistor berada dalam keadaan pincang ke depan pada langkah 1 dan langkah 6].
- Kenalpasti kaki sepunya untuk kedua-dua keadaan dalam langkah 4. Kaki ini ialah elemen tapak untuk transistor tersebut.[Dalam contoh di atas kaki sepunya untuk kedua-dua keadaan ialah kaki 2].
- Jenis transistor ditentukan berdasarkan kenyataan berikut :
Transistor PNP- Jika kaki sepunya disambung ke tamatan positif meter pelbagai analog.
Transistor NPN-Jika kaki sepunya disambung ke tamatan negatif meter pelbagai analog.
Rajah 7.9 Langkah menentukan elemen tapak transistor
- Setkan meter pelbagai berdigit ke fungsi pengujian diod
- Lakukan ujian seperti ditunjukkan dalam contoh di bawah ini (dalam contoh ini elemen tapak telah dikenal pasti iaitu kaki 2 menggunakan kaedah seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.9).
- Kenal pasti langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tertinggi.
- Dalam contoh di atas langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tertinggi ialah keadaan 2. Oleh itu kaki 1 ialah elemen pemancar manakala kaki 3 ialah elemen pemungut.
Rajah 7.10 Langkah menentukan elemen pemancar dan pemungut transistor